Intan terpanggil untuk menulis tentang anak-anak petang ini. Peristiwa melihat seorang anak kecil mungkin dalam usia 2 tahun dijerkah ayahnya di khalayak ramai kerana tantrum nakkan mainan barangkali terngiang-ngiang di layar fikiran intan. Budak itu terus dan terus menangis dan meraung tanpa ada tanda hendak reda. Habis satu mall memandang aksi ayah dan anak itu.
Anak-anak insan lemah, yang masih tidak cukup akalnya untuk bezakan yang baik mahupun yang buruk. Segala yang mereka buat, itu yang dirasakan baik dan terbaik untuk mereka. Merekalah permata yang menghiasi kehidupan kita, tidak terkecuali banyak juga masa mereka berbuat sesuatu di luar kesabaran kita.
Fitrah anak-anak.
Bermain dan terus bermain.
Menjerit.
Bergaduh.
Tantrum.
Sepahkan barang.
Kadang-kadang, bila anak kita mengamuk, kita mudah untuk tinggi suara,menjerkah mereka dengan harapan untuk mereka diam.
Bila anak kita bergaduh, kita gagal untuk menahan sabar kita.
Bila anak kita tantrum, kita pilih untuk kurung anak dalam bilik. Kita fikir itu cara terbaik untuk tenangkan tantrum mereka.
Bila anak ajak kita bermain, kita berikan alasan sibuk. Padahal mata tidak habis menghadap telefon, bersosial di alam maya.
Itu sebab kita tahu kita punya POWER untuk berbuat apa sahaja pada anak kita mengikut telunjuk kita! Maklumlah kita ibu bapa, mereka anak-anak kecil sahaja yang boleh dibuli dan diperlakukan apa sahaja.
Tidak mudah untuk sabar hadapi kerenah anak-anak. Memang tidak mudah, kadangkala kita rasa nak pecah dada menahan amarah pada anak-anak ini. Apatah lagi di saat kita letih, lagilah segala yang dibuat anak-anak kelihatan tidak kena di mata kita.
Namun, apa pilihan kita?
Sabar dengan terus memuliakan mereka?
Atau
Menjadi singa yang menghiris hati dan perasaan anak kita, hingga akhirnya mereka membesar mewarisi karakter buruk kita?
Anda sendiri memilihnya.
Jom kita tengok bagaimana nabi kita melayani kerenah anak-anak. Tawadhu’ nya nabi walau berhadapan dengan insan yang lemah bergelar anak-anak walaupun sibuk, banyak kerja, urusi pula urusan dakwah dan negara. Namun, setiap orang layak mendapat kemuliaan oleh Baginda.
Seorang sahabat bertanyakan kepada Aisyah tentang kebiasaan Rasulullah saw di rumah. Aisyah menjawab ” Baginda sentiasa memperhatikan keluarganya. Apabila tiba waktu solat, maka baginda keluar mengerjakan solat berkenaan”. (HR Bukhari).
Ada kisah yang lain diceritakan oleh Anas, “Adakalanya budak perempuan di Madinah memegang tangan Nabi SAW, maka beliau mengikutinya ke mana budak itu kehendaki”. (HR Bukhari).
Bagaimana dengan kita sebagai ibu bapa?
Perasan atau tidak, kita cenderung untuk tawadhu’ over pada YB dan orang-orang besar sahaja. Anak kita yang merupakan amanah Allah buat kita itu, tidak sedikit pun rasa hormat pada mereka, dan tidak menjadi keutamaan pun untuk kita muliakan mereka.
Jom bermuhasabah!
Di sini, Intan ingin kongsikan 5 kesan buruk selalu marah pada anak.
5 Kesan Buruk Selalu Marah Pada Anak
1. Kesan Buruk Pada Otak
Ada kajian yang dijalankan telah membuktikan hanya dengan satu tengkingan saja mampu rosakkan berjuta sel-sel otak anak.
Sebenarnya, bagi anak-anak yang masih dalam proses membesar iaitu dalam usia 2 – 3 tahun pertama (atau dinamakan golden age), suara keras atau menengking yang keluar dari mulut ibu bapanya dapat merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses pertumbuhan.
2. Hilang Keyakinan Diri
Untuk kesan jangka masa panjang pula, anak akan menjadi seorang yang kurang rasa percaya pada diri dan menjadi penakut.
Simptom ini termasuklah budak-budak yang suka menyendiri dan tak terbuka dalam pergaulan walaupun dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengan umurnya. Mereka mudah akan ada perasaan tidak selesa dan terlalu rendah diri bersama orang lain atau masyarakat.
3. Fikiran Jadi Lembab dan Negatif
Bayangkan, selepas meninggalkan kesan yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri, golongan anak ini juga mudah meluapkan emosi negatif seperti mudah marah, panik, stress, sedih dan juga murung. Emosi aneh ini muncul bilamana anak tersebut tidak faham masalah yang mereka hadapi kerana sering dimarahi tanpa sebab.
4. Masalah Pendengaran Dan Jantung
Suara marah dan tengkingan yang terlalu kerap boleh akibatkan anak alami gangguan pendengaran. Kesannya, seseorang anak itu susah untuk jadi seorang pendengar yang baik. Sukar nak dengar bila cikgu cakap atau mengajar. Atau mungkin lepas ni bila anda panggil, 10 kali baru dia datang! Masalah ini terjadi kerana hidup anak itu tidak berkembang dalam persekitaran yang positif tetapi berada di zone merah yang sangat gelap dan negatif! Jika proses tumbesaran anak itu terpaksa melalui fasa marah & tengking setiap hari, kemungkinan masalah lebih serius boleh berlaku. Sebagai contoh, masalah pada jantung anak. Jantung anak mudah jadi lemah kerana setiap kali suara-suara ‘Monster’ dari anda itu keluar, ia akan buatkan jantung mereka berdegup lebih deras!
5. Anak-Anak Akan Mudah Marah, Suka Menjerit Dan Menengking
Sikap anak-anak banyak mewarisi sifat ibu ayahnya, dan kawasan tempat dia membesar. Jika sudahsetiap hari dihadapkan dengan marah dan tengkingan, tidak mustahil anak kita akan mewarisi sifat buruk itu seawal kecil lagi. Mereka tidak tahu berkomunikasi selain dalam keadaan marah, menengking dan menjerit sahaja untuk medapatkan apa yang mereka mahukan.
Sudah tentu kita mahukan seorang anak yang membesar dengan sihat, pintar dan tak gugup bila berdepan dengan dengan masyarakat bukan? Dari sekaranglah kena pantau dan tidak melampaui batas dalam mendidik mereka.
Berikan mereka persekitaran yang sihat untuk membesar, berikan makanan berkhasiat untuk mereka dan dapatkan suppelemen berkualiti untuk anak anda!
Supplemen Untuk Anak Cergas dan Pintar
1. Vitalea For Kids
Supplemen tambahan adalah untuk memberikan zat tambahan pada anak-anak kita. Saya suka berikan vitamin C dan multivitamin untuk anak-anak saya, supaya mereka ada daya ketahanan imun badan yang kuat dari melawan virus atau bakteria. Bila-bila anak-anak tak sihat, kita pun pening kepala kena berjaga malam monitor suhu kan? Memang ada anak ni, kesihatan mereka sangat berharga untuk ibu bapa.
2. Vitamin C Chewable
Vitamin C berperanan untuk membantu meningkatkan sistem imun anak anda.
3. Omega Guard
Omega Guard kaya dengan Omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA. DHA dan EPA ini sangat bagus dan membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak. Omega 3 ini juga membantu anak anda untuk fokus.
4. Meal Shake Shaklee
Meal Shake sangat sesuai untuk pertumbuhan anak anda. Ia membekalkan zat dan protein yang cukup untuk anda membesar sihat dan tinggi. Jika anak anda seorang picky eaters, selalu memilih jajan sebagai makanan ruji, anak anda selalu demam dan sakit, menjadi suatu yang wajib untuk anda memberikan Meal Shake untuk anak anda.
DAPATKAN SUPPLEMEN UNTUK ANAK-ANAK DI SINI
Jangan ragu-ragu untuk memberikan yang terbaik buat anak anda.
Boleh buat belian terus secara online di sini:
ATAU HUBUNGI UMMI UNTUK DAPATKAN LEBIH PENJIMATAN
Terima Kasih atas perkongsian. Kadang rasa serba salah dengan anak kan. Hmm. Moga Kita belajar menjadi parents yang sentiasa bermuhasabah diri.
Jemput singgah di blog saya.
https://www.nutrisiibu.com/uncategorized/perlukah-tuala-wanita-dicuci-dan-dibasuh-sebelum-dibuang/
Kesian sangat bila tengok anak kena marah. Tapi ibu bapa pun bukan malaikat yg boleh tahan sabar. Thanks for the sharing Intan.
https://www.tipsummi.com/tips/cara-hilangkan-sembelit-semasa-dalam-pantang/