Malaria merupakan satu jenis penyakit yang seangkatan dengan denggi, chikugunya, untut mahupun zika dari segi cara penyebarannya kerana masing-masing disebarkan melalui vektor tertentu terutamanya nyamuk. Vektor ataupun perumah bagi penyakit malaria ini adalah nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk). Malaria adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Plasmodium. Malaria bukanlah penyakit baru, dan ia dipercayai…